KEK KAK AISHAH...

26 April 2010

Kek hantaran yang diletakkan dalam dulang hantaran yang dihias oleh pak andam kut..he..he..

Antaran hantaran lain yang dan aku snap...cantik woooo...simple, sikit, tapi meletop....mcm artis..klu aku kawen dulu sampai 24 bekas...penuh la sekerat umah untuk letak hantaran saja...

Ni haa...kep aku standing elok jaa dalam gambag...klu tgk luag mau xsenang duduk..smbil suap nasi kenduri sambil mata dok perhati.....takut la nt ada yng langgar meja trus tumbang kep aku tuh..ishhh...ada plak makcik2 tu tegur..."eh..eh..kek tu senget..!!" risau aku... tapi alhamdulillah...cal pengantin dia kata kek semuanya selamat....aku tnya selamat apa..? selamat laa xtumbang, sempat posing potong kek...dan dah selamat tingkat bawah tu di ngap oleh famili dia ...dia simpan tingkat tgh dan atas utk posing pakai gaun plak..hee..hee..aku pun rasa selamat jugak...nasib baik xjd benda2 yg x di ingini....

KEK 3-TIERS..AISYAH 2

24 April 2010



Dan jugak kek 3 tiers nih..order daripada kak aisyah jugak..tqvm kak...actually dia order 2 tiers saja....so..time dapat payment dia bagi lebih dan suruh tambah apa2 yang patut...suggest kat dia wat 3 tiers lah..alang2 dah tempah kek kan..kan....tang nak design lagu mana tu serah kat aku...dia tgk dlm blog aku nih semua berkenan smp xtau nak pilih...aku plak konon nak wat pesen baru laa...hik..hik...last2 jadik lagu nih.........tqvm..kak..

KEK HANTARAN...AISYAH


Salam semua.....musim kenduri dah nak stat dah...pe pun...kek ni order dari orang mergong yang cute..kak aisyah...kawen ari ni...kek untuk hantaran menggunakan combination sbc+f...iaitu steam buttercream + fondant....murah dan cantik....untuk hantaran orang dekat..ok laa...kut..?

PUDING CARAMEL...

22 April 2010


Yang ni puding caramel versi bakar...dengan menggunakan kaedah steam bath..klu nak compare dengan versi kukus..yang ni lebih mengancam dari segi rupa..tengoklah...tak dak pun rongga2 yg slalu ada klu guna versi steam....lebih smooth dan cantik je teksturnya...

PUDING ROTI KISMIS...

21 April 2010

Puding roti yang di tabur dengan kismis...

CHOCOLATE & VANILLA CUPCAKE...

Cupcake perisa chocolate moist...


Cupcake saiz M perisa vanilla untuk doorgift...

PUDING MARBLE...

20 April 2010


Puding marble chocolate dijual untuk jamuan dan majlis apa saja...

STEAM CHOCOLATE CAKE...

19 April 2010




Ni adalah kek coklat versi kukus...sedap gak...rasa mcm apom tapi rich choc...rasa moist lebih ckt dari baked choc moist cake..resipi yang paling simple dan mudah.....sila lah cuba...
STEAM CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan :
A :
3 biji telor ayam
2 cawan gula halus
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
1 sk choc. emulco
B:
1 sk baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
*diayak

Cara - cara:
1. Pukul telur+gula sampai kembang.
2. Masukkan susu+minyak+air panas+choc. emulco. Whisk saja.
3. masukkan bahan yang diayak dan gaul sebati [whisk].
4. Kukus selama 1 jam.
5. Untuk topping : Panaskan coklat cair+whip cream.Tuang keatas kek dan hias dengan choc. rice.

KEK DANISH PASTRY

17 April 2010

Jalan-jalan kat Tesco ada plak promosi Danish Pastry untuk 3+1=RM5...try jugak beli...empat ketoi kek lain2 perisa...sedap gak...

CHEESE CAKE...ZEDA BAKERY


Cheese Cake


#SUMBER : zedabakery.blogspot.com
tq kak ida...sy copy&paste resipi untuk share dgn kawan2 kat sini..
compom jadi klu try resipi ni..kak ida dah bagi detail untuk buat kek ni...
selamat mencuba....

Bahan bahan:

Sekeping sponge kek 8"
* kalau tak nak guna based sponge kek, gunakan based crust iaitu 250gm biskut digestive + 250gm butter.Ramas biskut dan butter, tekan dalam loyang untuk ratakan, bakar sekejap..

Untuk Cream Cheese:

500gm cream cheese
50gm butter
100gm gula
4 telur asingkan
30gm tpg jagung
150gm whip cream
1tsp jus limau

Cara-cara:
1. Putar cream cheese, butter, gula hingga kembang
2. Masuk kuning telur satu satu dan putar lagi hingga kembang
3. Masuk whip cream
4. Masuk tpg jagung
5. Masuk jus limau
6. Dalam bowl lain, putar putih telur hingga kaku..(soft peak)
7. Masukkan putih telur dalam adunan cheese tadi.
8. Letakkan sponge kek dalam loyang. Tuang adunan cheese tadi dan ratakan.
9. Bakar guna steam baked. Letak air dalam dulang. Suhu 150 darjah utk setengah jam pertama, dan diturunkan ke 120 darjah untuk satu jam setengah lagi ataupun hingga masak.
10. Bila dah masak, switch off oven, buka pintu oven sedikit, biarkan sekejap dalam +-10 minit baru dikeluarkan dari oven.
11. Dah agak sejuk, masukkan dalam peti sejuk
12. Keluarkan dari peti sejuk, dan apa lagi... makan jer laaa...

KEK FRESH CREAM & BC ROSES

15 April 2010


Kek ni guna fresh cream untuk frosting, buttercream untuk roses dan choc. ganache untuk deco...very simple as requested....

KEK PEACH...

Kek sponge filling Peach..dihias dengan Peach fruits..

RICH CHEESE CAKE.

13 April 2010


Yang ni lah dinamakan Baked Rich Cheese Cake....entry sebelum ni Light Cheese cake yang mana resipinya menggunakan 250g Cream Cheese saja...bagi kek jenis ni plak guna 500g cream cheese dan whipped cream...so teksturnya padat, dan xmampu nak abehkan satu slice pun...tapi taste org lain2 kan.....

UDANG GORENG KARI

UDANG GORENG KARI

Bahan-bahan

500g udang sederhana
2 tangkai cili merah
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu serbuk kari
garam/ gula
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Bersihkan udang.
2. Tumiskan bawang putih sehingga garing.
3. masukkan serbuk kari.
4. Masukkan udang, hirisan cili merah dan bawang besar.
5. Goreng sehingga masak/garing.Tambah Imej

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES...



Actually ni gambag snap guna camera hp ja...kes tu xbrapa clear...brownies hot dari blog maklang..he...he...sedap ooo... tengkiu maklang azie... layan resipi kat http://maklangazie.blogspot.com yeee... Chewy Gooey Yummy Brownies namanya....

CHEESE CAKE DOUBLE TOPPING

12 April 2010



Ni adalah Japanese Cotton Cheese Cake..iaitu jenis Light Cheese Cake...sedap lagi kek ni dari Rich Cheese Cake..sebab dia gebu, sponge, dan xmuak....tempahan untuk jamuan makan...request nak double topping, base marie+almond...

KEK BATIK MARIE...HANTARAN


Kek batik marie ni adalah kek untuk dijadikan sebagai hantaran...disekeliling kek dipagari dengan choc wafer fingers....dihias bunga royal icing...

KEK COKLAT LEMBAB...PAK WAN


Kemarin call Pak Wan mintak cikit buah conen untuk makan dengan sambai belacan....dia bawak mai satu beg plastik...haa..ari ni aku buat la sebijik kek coklat untuk bagi kat dia...tq pakwan...nanti nak mintak lg noo...

KUIH CARA...

11 April 2010



KUIH CARA
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 biji telur ayam
beberapa helai daun pandan
sedikit garam
marjerin utk gris pada acuan
gula sebagai inti
Cara-cara :
1. Panaskan acuan kuih cara.
2. Kisar daun pandan dengan sedikit air. Ambil patinya.
3. Pukul telur+santan+pati pandan+garam.
4. Masukkan tepung gandum dan gaulkan sekata.
5. Griskan marjerin pada acuan.
6. Tuang adunan ke dalam setiap acuan dan sudukan sedikit gula.
7. Tutup acuan dan biarkan masak selama 7-10 minit dengan api perlahan.

DAGING MERAH ALA THAI..

DAGING MERAH ALA THAI

bahan-bahan :
500g daging
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
3 biji cabai hidup [a.k.a cili merah]
5 biji cabai melaka [a.k.a cili padi ]
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla [a.k.a sos ikan/sotong]
garam/gula secukup rasa
minyak untuk menumis

cara-cara:
1. Rebus daging yang dihiris nipis sampai empuk/ sampai kering air rebusan.
2. Tos kan daging. Simpan air rebusan.
3. Gaul daging dengan pewarna merah dan sedikit air.Toskan..
4. Tumiskan bawang putih. Masukkan semua sos, cili dan masukkan daging.
5. Gorng hingga sekata dan garing.
6. Perasakan dengan garam/gula.
7. Sedia dihidang dengan hiasan daun bawang.

PUDING LAICI

PUDING LAICI

Bahan-bahan :
20 gm Agar-agar
1 liter Air
1 tin Susu Cair/Santan
1 tin laici [buah]
1 cawan Gula
1 sk Esen Vanilla

Cara-cara :
1. Didihkan air. Masak agar-agar sehingga larut.
2. Masukkan gula dan sesuaikan manis.
3. Perlahankan api dan kisarkan Susu cair dengan laici.
4. Masukkan kedalam didihan agar2 dan kacau sebati.
5. Tunggu sehingga adunan masak/mendidih.
6. Tuang ke dalam acuan puding dan sejukkan.
7. Teramat terangkat jika dimakan ketika sejuk...

AWARD...DARI ATIQAH NAJWA

08 April 2010

====================================
Sesiapa yang dpt award ni dikehendaki :
1. Buat 1 Entry Tentang Award ini
[DAH]
=========================================
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut
[ TQVM KEPADA KAK ATIQAH NAJWA DARI BLOG http://atiqahkitchen.blogspot.com/]
=========================================
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award
[DAH LIST UTK AWARD YG LEPAS]
=========================================
4. Beritahu penerima Award , supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award
=========================================
5. Senaraikan 7 perkara tentang diri anda.
[1. SUKA WARNA PURPLE/HIJAU/BIRU/PINK]
[2. MENJALANKAN BISNES DARI UMAH LEPAS WAKTU KEJA]
[3. MENGUTAMAKAN KEPUASAN PELANGGAN TANPA MENGIRA KEUNTUNGAN SEMATA2]
[4. HARGA KEK YANG BERPATUTAN]
[5. 1 MEI GENAPLAH 1 TAHUN USIA MY GIRL , NUR AISYAH NABILAH]
[6. THINK POSITIVE]
[7. SUKA MAKAN....HE..HE..]
=========================================

CUPCAKE STRAWBERRY...ETI

07 April 2010


My first time dapat order utk besday cupcake ni...daripada ETI untuk ayahnya area stadium..satg br nk delivery...untuk cuppies comey ni xpandai sgt nak decorate...ETI plak serah bulat2 nak design mcmne...suggest kat dia guna fresh strawberry...nampak sweet dan sesuai untuk semua umur.....lgpun ada skt lg stok buah ni...drpd buruk trus baik aku buh kt cuppies nih..siap dpt diskaun lg....
Kata ETI..xpayah tulis apa2...aku just print out wish tu dan lekat ja kat kotak..
Sori ETI yee....janji nak buat flavour strawberry...tp paste tu xbrapa sesuai plak dgn fruits..so...k.ida tukar flavour chocolate....
Yang ni plak saja bagi kt mak dan ayah ETI...lebihan adunan cupcake tue...boh dlm papercup...packing plastic wrap...harap2 ETI puas hati k....tqvm..

CHEESE CAKE...DOUBLE TOPPING

06 April 2010

Cotton Light Cheese Cake with double topping [ strawberry + blueberry] request dari customer...dapat rasa 2 topping katanya..

KEK STRAWBERRY..INA 2

05 April 2010

Kek ni plak order daripada Yuzaina jugak....guna buah fresh ja..utk besday remaja nih xdak idea plak nk wat design lagu mana....harap2 ina puas hati k...k.ida bg best price lagi..

KEK BEN 10...INA

Tempahan ni daripada Yuzaina yg tempah kek kawen 2tier dulu tu...nak ben10...deco simple ja..

CUPCAKE HANTARAN...WIN

03 April 2010



Cupcake ni order daripada WIN...pickup kat shahab pagi tadi...comel2 yg amik kek nih..16 pcs cupcake fondant+gum paste flower ready made nih...saiz L...tempah dengan kotak hantaran skali hias..senang...trus setting masuk kotak ngam2 jer..harap Win puas hati...

Rizaida Home Bakery Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino