CHEESE CAKE...ZEDA BAKERY

17 April 2010


Cheese Cake


#SUMBER : zedabakery.blogspot.com
tq kak ida...sy copy&paste resipi untuk share dgn kawan2 kat sini..
compom jadi klu try resipi ni..kak ida dah bagi detail untuk buat kek ni...
selamat mencuba....

Bahan bahan:

Sekeping sponge kek 8"
* kalau tak nak guna based sponge kek, gunakan based crust iaitu 250gm biskut digestive + 250gm butter.Ramas biskut dan butter, tekan dalam loyang untuk ratakan, bakar sekejap..

Untuk Cream Cheese:

500gm cream cheese
50gm butter
100gm gula
4 telur asingkan
30gm tpg jagung
150gm whip cream
1tsp jus limau

Cara-cara:
1. Putar cream cheese, butter, gula hingga kembang
2. Masuk kuning telur satu satu dan putar lagi hingga kembang
3. Masuk whip cream
4. Masuk tpg jagung
5. Masuk jus limau
6. Dalam bowl lain, putar putih telur hingga kaku..(soft peak)
7. Masukkan putih telur dalam adunan cheese tadi.
8. Letakkan sponge kek dalam loyang. Tuang adunan cheese tadi dan ratakan.
9. Bakar guna steam baked. Letak air dalam dulang. Suhu 150 darjah utk setengah jam pertama, dan diturunkan ke 120 darjah untuk satu jam setengah lagi ataupun hingga masak.
10. Bila dah masak, switch off oven, buka pintu oven sedikit, biarkan sekejap dalam +-10 minit baru dikeluarkan dari oven.
11. Dah agak sejuk, masukkan dalam peti sejuk
12. Keluarkan dari peti sejuk, dan apa lagi... makan jer laaa...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Rizaida Home Bakery Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino