Nasi Impit + Kuah Kacang

29 September 2009




Menu wajib di pagi raya...selain ketupat daun palas dan gulai daging, nasi ini juga dikenali sebagai nasi tindih....haaaaa...sb nak buat dia kena tindih dgn lesung batu, br dapat nasi yang mampat ni...skrg dah ada yang segera tu...lagi senang dan cepat. Untuk sapa-sapa yg nak try resipi ni...sila laa cuba....




NASI IMPIT + KUAH KACANG
1 bungkus Ketupat mini NONA
Kuah :

A
5 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Besar
1 Labu Bawang Putih
15 Tangkai Cili Kering
3 Batang Serai
1 inci Halia
1 inci Lengkuas

B
1 inci Belacan
2 keping Gula melaka
1 liter Santan
2 cawan Kacang tanah mesin
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis
Cara-cara :
1. Panaskan Minyak.
2. Kisar bahan A sehingga hancur dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan Belacan, Gula melaka, santan, Kacang dan gaul sebati.
4. Tambahkan sedikit air untuk sesuaikan kepekatan kuah.
5. Tambahkan Garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih dengan api perlahan selama 1jam atau sampai pecah minyak.
7. Rebus Ketupat mini segera NONA.
8. Sedia untuk dimakan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Rizaida Home Bakery Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino