Kali ni tringin sgt nak makan kek lapis....amik resipi dari internet...nak makan sikit jer..nak melapis tu fuhhhhh.....dekat 3 jam dok depan oven....patutla kek nih mahai..tapi sedapppp........try la....abaikan lapis2 yg xbrapa cun tu k...
bahan-bahan :
450g buttercup
160 g gula castor
1/2 sk ovalette
10 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
300 g tepung Hong Kong
100 g Horlicks
1 sk Esen Vanilla
Cara-cara :
1. Pukul butter + gula + Ovalette sampai kembang.
2. Pukul telur sebiji demi sebiji sampai kembang.
3. Masukkan susu pekat.
4. masukkan tepung dan horlicks.
5. Pukul rata dan bahagikan kepada 4 adunan.
6. Koko / strawberry / pandan / plain
7. Bakar selapis demi selapis sehingga habis adunan dengan menggunakan api grill [atas].
8. Bakar dengan suhu 160 deg. celcius.
0 ulasan:
Catat Ulasan