IKAN SIAKAP SOUP SOUR

30 September 2009



SIAKAP SOUP SOUR
Bahan-bahan :
Ikan siakap } dikelar
Bwg putih – tumbuk kasar
Halia - hiris halus
Timun }
Nenas } potong dadu
Tomato}
Cili cupsicum}
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
HIASAN
Carrot – dihiris halus
Daun sup
Cili padi – hiris halus .
Cara-cara:
1. Lumur ikan ngan garam,kunyit dan tepung jagung dan digoreng sehingga masak.
2. Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,kicap.
4. Masukkan air yg dicampur tepung jagung utk memekatkan kuah.
5. Masukkan bahan sampingan tadi dan tunggu hingga masak..
6. Curahkan ke atas ikan.

UDANG GORENG KUNYIT

UDANG GORENG KUNYIT
Bahan-bahan :
1/2 kg Udang Segar Saiz XL
3 ulas Bawang putih
1 biji Bawang besar
1 tangkai Cili
sedikit garam dan serbuk kunyit
minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Bersihkan Udang.
2. Ketuk Bawang putih dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan udang + bawang besar + cili + serbuk kunyit dan garam.
4. Goreng sehingga masak.

AYAM PANDAN BEREMPAH

29 September 2009


AYAM PANDAN BEREMPAH


Bahan-bahan :
1/2 ekor Ayam

2 biji Bawang merah
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang putih
5 tangkai Cili kering
1 inci Halia
*kisar kesemua bahan ini

1 camca besar Sos Tiram
2 camca besar Sos Cili
1 camca besar Jintan Manis
1 camca besar Rempah kari
sedikit garam

daun pandan untuk membalut ayam
minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara:
1. Bersihkan ayam.
2. Gaulkan ayam bersama kesemua bahan dan perap selama 1jam.
3. balutkan ayam dengan daun pandan dan goreng sehingga masak.

KEK BUAH


KEK BUAH
Bahan-bahan :
300 g Buah-buah campuran(blackurrent+kulit limau+ceri)
1/2 cawan Air
1 1/2 cawan Mentega
1 1/2 cawan Gula halus
3 biji Telur
3 cawan Tepung Gandum
1 tsp Cinnamon Powder
1 tsp Baking Powder
1 tsp Soda Bicabonat
sedikit badam keping untuk hiasan
Cara-cara :
1. Rendam Buah campur dengan Air.
2. Pukul Gula dan Mentega sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu per satu.
4. Ayak Tepung+Cinnamon powder+Baking Powder+Soda. Masukkan kedalam adunan dan putar sehingga sebati.
5. Masukkan Air+Buah campur dan kacau sehingga sebati menggunakan kaedah kaup-balik.
6. Masukkan kedalam loyang, taburkan buah campur, badam keping dan bakar selama 45 minit.

Nasi Impit + Kuah Kacang




Menu wajib di pagi raya...selain ketupat daun palas dan gulai daging, nasi ini juga dikenali sebagai nasi tindih....haaaaa...sb nak buat dia kena tindih dgn lesung batu, br dapat nasi yang mampat ni...skrg dah ada yang segera tu...lagi senang dan cepat. Untuk sapa-sapa yg nak try resipi ni...sila laa cuba....




NASI IMPIT + KUAH KACANG
1 bungkus Ketupat mini NONA
Kuah :

A
5 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Besar
1 Labu Bawang Putih
15 Tangkai Cili Kering
3 Batang Serai
1 inci Halia
1 inci Lengkuas

B
1 inci Belacan
2 keping Gula melaka
1 liter Santan
2 cawan Kacang tanah mesin
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis
Cara-cara :
1. Panaskan Minyak.
2. Kisar bahan A sehingga hancur dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan Belacan, Gula melaka, santan, Kacang dan gaul sebati.
4. Tambahkan sedikit air untuk sesuaikan kepekatan kuah.
5. Tambahkan Garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih dengan api perlahan selama 1jam atau sampai pecah minyak.
7. Rebus Ketupat mini segera NONA.
8. Sedia untuk dimakan.

PUDING PELANGI

Ni puding untuk dijadikan sebagai hantaran. Order oleh kawan yang selalu tempah kek.

Ni plak untuk hantaran jugak...

Promosi Kuih Raya 2009

09 September 2009


Untuk kuih/biskut raya ni plak, sy amik dari maklang sy yang beroperasi di Perlis....tolong promote je...biskut ni adalah resipi asal dari carian di laman tenet jugak...dan ada yang di edit sket untuk rasa yang lebih sedap...semuanya menggunakan Buttercup dan dijamin sedap.

PROMOSI KEK RAYA AIDILFITRI 2009


Assalamualaikum...w...w....
Brochure diatas adalah promosi hari raya 2009 bagi jualan beberapa jenais kek...Sy buat promosi pun utk kenalan dan rakan sekerja je.....takut nanti tak dan nak buat plak memandangkan baby yang baru berusia 2bulan setengah tu...takut nanti dia buat perangai plak...
Tahun lepas pun time pregnant 3bulan kena plak time dkt nak raya...nasib baik lah alah tak teruk sangat..dapat jugak sy menjalankan bisnes yang tak seberapa nih...
Tapi time tu tak tau lagi kata pregnant...patut ler rasa lain macam je..lasak skt je ..penat... dah lepas raya bru g check dan Alhamdulillah....kandungan dalam perut pun dah berusia 10 weeks...syioknyaaa....dan lahirlah baby girl yang ciut miut pada 1 mei 2009 yang lalu......
Dan tahun ni plak...jeng..jeng..jeng.....baby jangan kacau mama tau.. mama nak wat 'operasi baking' dkt2 nak raya nih...operasi pun tgk pada order la jugak..sebab tahun lepas tak menang tangan, mesin kek dan oven nak wat....tapi dah rezeki....Alhamdulillah..........


Rizaida Home Bakery Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino