1. Untuk tempahan kek, sila confirm order sekurang-kurangnya 3 hari dan design kek adalah mengikut contoh dalam blog atau permintaan pelanggan. Pertanyaan harga terkini melalui email atau sms.
2. Sila beri tarikh booking yang betul atau paling dekat dengan tarikh dimana kek akan digunakan. Pihak kami menyediakan kek 1 hari sebelum tarikh booking/pick up. Jika ingin pick up awal, pihak kami tidak menjamin/bertanggungjawab jika berlaku kerosakan keatas produk kami. Jangka hayat kek-kek yang disediakan seperti berikut:
- Kek icing Buttercream = 3 hari
- Kek Topping Coklat Ganache = 3 hari
- Kek Chocmoist = 3 hari
*perlu disimpan didalam peti sejuk.
- Kek Hantaran/wedding = 3 hari
- Muffin/cupcake tanpa icing = 5 hari
- Fruits Cupcake = 5 hari
*Tidak perlu disejukkan.
3. Setelah confirm, bayaran deposit 50% diperlukan untuk Booking tarikh dan bayaran selebihnya pada atau sebelum tarikh tempahan dibuat.
4. Bagi tempahan yang banyak (bulk order), sila confirm 1 bulan awal.
5. Delivery charge : -Jalan Kuala Kedah = Free -Dalam Bandar Alor Setar = RM 10.00
6. Untuk bayaran : CIMB CLICKS 0205-0098-34-5522 RIZAIDA ISMAIL
*sila fahami semua perkara diatas sebelum membuat tempahan. Untuk yang berminat, boleh layari facebook kami untuk info lebih lanjut... Sekian, Terima kasih.
* Kek span ni guna minyak jagung, jadi nak makan banyak pun tak pa...tak muak dan teksturnya lembut dan gebu....kek diatas ni dah dipotong-potong untuk dijual seketoi2....Perisa plak bleh request nak yang mana dan bleh dimarblekan untuk dua atau lebih perisa....
Seronotnyer dia dok kat abah diaa...puas suruh senyum dah nih...asyik nangis je..kali ni dapat tangkap gambar baby tengah sengeh...tu pun baru bangun tido..mood baik agaknya..
Alahai....puteriku yang ciut nih.......namanya Nur Aisyah Nabilah....yang telah dilahirkan pada 1 Mei 2009 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dengan berat 2.92 kg...dan ditemani suami disisi yang telah menjadi saksi proses kelahirannya.......